~cAnTiK~

~FOLLOW ME...~

~AMARAN~

ini blog aku....apa saja yg aku nak tulis dalam ni, suka hati aku lah...kalau tak suka baca, jangan baca...kalau tersakit hati atau terasa hati....bukan tanggungjawab aku untuk mengubati...

sekian,
harap maklum... :)

Tuesday, October 26, 2010

~~madah untukmu sayang~~

Sayang,

Maafkanku jika kputusanku mngecewakanmu

Maafkanku kerana mngkhianati cinta kita....

bertahun lamanya kita cuba bina bersama

Tapi semudah ini aku memusnahkan semuanya...

Sayang,

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku...

Terima kasih kerana mengajarku erti kehidupan...

Terima kasih kerana menyayangi dan mencintaiku...

Terima kasih kerana mengambil berat terhadapku...

Sayang,

Seharusnya aku pergi saat kau membenciku

Seharusnya aku gembira saat kau bersetuju

Seharusnya aku bahagia saat kau penuhi hajatku

Tapi kenapa tidak??

Aku bertahan disini agar kau sentiasa dekat denganku

Biar aku rasa cinta dan aura kasihmu..

Gilakah aku kerana panahan cintamu??

Berkasih itu indah..tp aku takkan setuju

sejarah cintaku bagaikan menutup hati ini...

Aku tak sanggup mengecewakan insan yg menyayangiku

Aku mengejar bahagia..tapi kau yg menderita

Kejam sungguh aku..membuat kau begitu

Dan jiika ini hukumannya…aku redha menerima

Biar aku menanggung segalanya....

Sayang,

Aku rindu mendengar ceritamu..

Aku rindu menangis bersamamu..ketawa denganmu..

Aku rindu gurau sendamu…

Aku rindu saat kau memberi teguran dan betulkan salahku,

Aku rindu semua tentangmu…

Tapi semua itu tidak lagi milikku..

melepaskan kau pergi bagai melepaskan mutiara yg bernilai..

tapi demi kebahagiaanmu....aku terpaksa..

bahagiamu bukan bersamaku..

cukuplah aku menyakiti hatimu...mengecewakanmu....

Sayang,

Kudoakan agar kau dapat menerima segalanya

Kudoakan agar kau bangkit semula

Kudoakan agar kau miliki bahagia

Biarpun bukan denganku..aku redha…

Dan ini keputusanku…

Mengecewakanmu sebelum kau lebih mencintaiku..

Sebelum terlambat…..

Dan sebelum aku tidak memaafkan diriku….

Mempercayai cinta..itu kelemahanku..

Moga dengan pengajaran ini....

Aku akan lebih menghargai insan yang menyayangiku..

Maafkan aku………

No comments:

Post a Comment