~cAnTiK~
~FOLLOW ME...~
~AMARAN~
sekian,
harap maklum... :)
Tuesday, December 27, 2011
[HILANG S.E.M.A.N.G.A.T]
Sunday, December 25, 2011
[MENCARI S.I.N.A.R]
dalam mencari sinar...
di dalam dunia yg aku sndiri x mengerti....
kemana harus aku langkah...
kemana dapat aku temui jalan keluar..
terkedu aku penuh penyesalan...
gelap gelita....
entah apa di depan sana...di kiri...kanan dan belakangku...
takut......curiga....entah apa yg akan ku temui nanti....
haruskah aku duduk menanti huluran tangan pada yg simpati??
atau aku perlu bangun dan meredah segala halangan yg aku belum pasti...??
mgkinkah aku akan temui sinar itu??
atau aku akan terdampar kembali di sini......
Monday, December 12, 2011
[MERONTA R.O.N.T.A]
hihi.....bukan ape...mukadimah tu biar bersemangat skit...haha...baru dapat feel...
entah feel ape pon x taw....jgn feel nak kentot udah....
arini 24 jam aku ngadap laptop...dan smemangnya aku sngaja nak dera laptop aku ni...
x bg dia tido..huhu...
(duhai laptop...jgn engkau merajok udah ler...kalu nak merajok pon...bagi la aku abiz blajar dulu...huhuu)
aku bukan ape....macam2 yg aku pikir...al-maklum je lah...ujung2 sem ni kan...ngan asaiment lg...
asal off laptop je...semangat nak wat asaiment pon datang...(padahal nak online je lebih) dah kena on balik....hihi....
masalah tol (yg pasti bukan masalah nk bayar tol) bila aku pikirkan pasal lesen motor...tulah...sapa suruh wat last2 minit...(amek kaw!!!) yg jadi masalahnya bila aku x sempat nak buat test JPJ... ayoyo....udah maw ke penamat semester...tp lesennya ngak siap2 juga...
baru skarang aku taw camana rasanya orang yg amik lesen motor....kena belajar gawang2 tangan....pandang kiri kanan....pecut motor.....pastu brekkkkk....(macam mat rempit..hahaha).. bagi aku klakar jgak....orang len serius...tp aku leh gelak2 masa bawak motor...(jangan nanti bila nak wat test JPJ aku gelak2...nahas aku kang....)
tapi aku yg aku xleh lupa....org len xde wat...tp aku ngan kawan aku wat....kami ada plak sesi pergi melawat orang balajar moto...ni padahnya bila x kol orang pejabat tu dulu...eksyen..... kononnya dah 2 minggu..mesti lesen L dah siap...ishhh...semangat tol....pergi2 sana....
"maaf dik...lesen adik x siap lagi..esok baru kami nak apply..mungkin pagi esok baru siap...adik boleh lah balik dulu.."
huh....sabar aje lah...malu gak la....naseb bek cikgu xperli2 kami yang rajin nih...tapi mcm yg aku kata....semangat kami berdua kuat...meronta-ronta jiwa dan raga kami bila tgok orang len belajar motor...padahal kami leh duduk dan tengok...hahaha...lpas dari tu...seminggu kami merajok....xnak g blajar motor...(merajok + malu....)hahaha...
tapi nasib baik gak la...aku ada teman time nak amik lesen ni....xde lah aku terkial sorang2...huhu..neway...lepas ni leh la aku merempit...hohoooooiiii...
itu kisah masalah aku dan motor....hihi...
banyak lagi masalah...
pasal nak survive sebulan lagi kat sini...tu pun pening gak...
kan bagus kalu tiap2 bulan ada income masuk lam bank...tp mai mana plak dh....kalu dh malas keje xde maknanya...hahaha...
uish.....dah panjang berjela-jela ni....dah mcm jendela dah...
sebelum jadi jendela pintu, bek aku tutup dulu jendela tingkap ni...esok sambung lagi...
thanx incik b....moga hari2 bahagia bersamamu akan terus terukir... :)
Monday, December 5, 2011
[DEMAM R.I.N.D.U]
font kejap besar...kejap kecik.....geram pon ade...
tp sabar je lah....
sejak semalam...suhu badan aku ni kejap turun, jap naik...
sama mcm cuaca kat sintok ni...jap mendung...jap panas..tetibe je ujan plak...
agak2nya badan aku pon mcm tu gak....
sakit kepala dari smalam ag....bangun tido pon sakit ag..(padahal terlebih tido kot..huhu)
badan dah beransur ok...arap2 arini x panas ag....
nape aku tetibe je rasa demam?? sbb rindu kat si dia ke??
mungkin gak...hihihi...
tp tak kot....(cuba menidakkan...)mungkin sebab terkena hujan semalam...(always think positive..k)
ada lagi 2 asaiment yang nak kena siapkan a.s.a.p...
arap2 tahap kesihatan aku x menjejaskan mood aku nak stdy...hihi..
so far, keje pon xde masalah...
cuma aku rasa aku perlu susun balik jadual aku....
exam pon dah nak dekat...xleh nak leka lagi....
lam kepala ni, banyak benda nak dipikirkan..
satu persatu benda nak kena tumpu...
salah satunya...
Perak Vs KL
dah brapa bulan x settle ag isu ni....
arap2 dapat selesaikan dgn cepat...
tinggal sebulan lebih je lagi...
tak sabar2 dah ni....
haha..
dah2...jap g nak g keje..xleh ralit.. tata
[MADAH U.N.T.U.K.M.U]
...kerana hati kecewa..aku cuba mencari bahagia..
...kerana hati merana.. mudah ku terima kata janji mu yang sudi
membelai rasa..membalut luka.. mengubati jiwa..
...kau hadir tika ku perlu.. sungguh memberi SEMANGAT baru..
...anugerah TERINDAH tika jiwa hampir punah..
NAMUN,
...belum sempat kasih berkembang, putik itu harus ku buang..
KERANA
...kini kau pergi jua.. tiada paksaan dlm berkasih sayang..
...tiada ku sanggup menahan bila ku sedar.. aku bukan TERBAIK
buat mu.. biarpun kau amat ku perlukan, demi sebuah KEBAHAGIAAN..
.
.
.
.
.
.
.
Belajarlah MEMAAFKAN kalau ingin dimaafkan..
Belajarlah MENGHORMATI kalau ingin dihormati..
Belajarlah MEMAHAMI kalau ingin difahami..
Belajarlah MENYAYANGI kalau ingin disayangi..
Belajarlah MENGHARGAI kalau ingin dihargai..
Belajarlah MENYENANGI kalau ingin disenangi..
Memaafkan tidaklah SERUMIT yang kita bayangkan, tidaklah pula SESULIT yang kita fikirkan, serta tidaklah pula SEPAHIT yang kita rasakan...
memaafkan itu di mana kamu memberikan sedikit RUANG KEBAIKAN di hatimu untuknya...
share from tagged.....hihi
Sunday, December 4, 2011
[SABAR Y.E]
kenapa jadi mcm ni???
.
.
.
.
sabar ye wahai hati............
.
.
.
.
.
setiap manusia ada kekurangannya
dan
manusia x lari daripada melakukan salah....
memang susah utk memaafkan kesalahan orang lain....
tp xperlulah sampai berdendam...
aku akan cuba yang terbaik untuk insan yang aku sayang...
ini janji aku....
mungkin aku perlu berubah berdasarkan pengalaman aku selama ni....
always think positive....okey....
.
.
.
.
jika ini laluan untuk sampai ke destinasi aku, aku akan tempuh...
biarpon laluan tu banyak curam...banyak onak dan duri....
pray for me dear.....
.....semua ini xkan berulang lagi....ini janjiku padamu....
Saturday, December 3, 2011
[PATOT P.O.N]
apa la yang x kena ngan aku arini......
asyik nak marah je....
em....patot pon....rupanya aku ehem2....
tapi slalunya x mcm ni... kononya leh control ar...
kepada incik b, sy mintak maaf....xpasal2 kita gadoh lak.....
maafkan sy....
.
.
.
.
layan lagu ni jap...dari siang td dok memekak kat dewan sana nun...
tp best gak layan time ni...huhu....feelling abish ar...
.
.
.
.
just for u...
.
.
.
Setiap nafas yang dihembus...
Setiap degupan jantung...
Aku selalu memikirkanmu...
Dalam sedar dibuai angan...
Dalam tidur dan khayalan....
Aku selalu memikirkanmu....
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang...
Barulah terasa ku bernyawa...
Kasihku ku amat mencintai kamu...
Kerana kau beri erti hidup...
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya..
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan....
Ku bersyukur adanya kamu...
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu.......
.
.
by incik Anuar Zain.....
.
.
.
ok2...dapat semangat kit nih....jom sambung wat asaiment lak..
sambil makan rambutan yang mak angkat bagi td...hehe...
sambil menunggu incik b pujuk.. (sgt mengharap kot...)
.
.
.
memang patot pon aku terima macam ni...
.
.
.
jangan tegur kalu nampak mata aku bengkak...huhu
[TERINGAT K.A.M.O]
Thursday, October 6, 2011
.XNAK CAKAP.
.JODOH KITA.
10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita...
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Monday, May 16, 2011
jenguk belog aku jap......
bila ukak je belog ni....sedih dan sayu je ase.....
maklum je lah....dah lama x update apa2....
nk wat cmana dh pemiliknya ni bukan jenis yg suka menulis....
banyak cerita dan kisah2 yg boleh dikongsi...
kalu aku karang kat sini...meletup lah...
tp biarlah aku tggalkan sisa2 tu utk simpanan diari aku....
ada masa....aku share apa yg leh share.....
ok.....doakan aku utk paper mandarin esok....
nnt bila aku free....aku akan make-up balik belog aku nih bg cantik2....ok..
tunggu taw.....haha....
cayang korang sume!!!!...